Macam-macam hal lah budak-budak zaman sekarang ni kan?Berpeleseran tak tentu hala.Masing-masing takde hala tuju langsung.Nasib baik zaman aku kecik-kecik dulu takda benda-benda yang mengarut nih.Budak sekolah rendah dah pandai nak memonteng kelas.Tak bertoleransi langsung beliau semua tuh.Kalau zaman aku dulu,budak sekolah rendah tak tahu apa maksud ponteng walaupun cikgu selalu suruh kiteorang buat ayat pasal ponteng dalam buku latihan BI,Ceyt!ade ke BI guna perkataan ponteng..takpe lah, mana-mana pon boleh. Ye dak!?
Nak menjadikan entry kali ni panjang,aku nak citer sikit zaman-zaman aku mula-mula bergiat aktif ngan sekolah menengah.Sekolah menengah mula-mula skali aku menjejakkan kaki adalah SM Elit Mak Lagam. Ceyh..nama sekolah kat depan-depan tu cambest an?Tapi yang kat blakang tuh bunyi cam pelik skit,tapi okeh la kan daripada Mak Janda ke,Mak Dara ke atau Mak Kau. Skola ni tak jaoh pon dari rumah aku, nak campurkan kilometer dia dari pagar rumah aku memang tak terkira la aku,takde keje nak ngira suma tuh!Dipendekkan cherita, aku ditempatkan di asrama Yayasan sebab katil kat asrama mak lagam tak sempat nak order ekoran masalah ekonomi yang mengugat seluruh pasaran saham di Wall Street.Peke jadah semua ini?Ceyt!!Aku duk sana sebab bangunan tak siap lagi jep..
Masok lah aku kelas 1 Ehsan dengan rakan sekerja yang lain ekoran dalam kelas aku ramai budak asrama mak lagam,aku tak berapa kenal sangat la mula-mula tuh. Yang aku kenal sangat-sangat adalah Uzir a/l Rusof. Adalah dinyatakan sebab aku kenal dia kerana dia satu Dorm ngan aku. Kacip benge kawe ngan demo!!Mana-mana aku pergi mesti dia ikot.Mana-mana dia pergi mesti aku ikot.But we not GAY. kelas aku ade la sorang ustazah yang ajar kami. Dye punya garang tak garang membuatkan aku dan Uzir sentiasa mengambil inisiatif daripada mendapat perhatian dia. Kebetulan la suatu hari tu aku boleh pulak terlupa nak siapkan nota dia. Dan kebetulan lagi Uzir pon mempunyai nasib yang sama ngan aku. Kebetulan juga hari ini tercatat masa PAI kat jadual aku tuh. Kami mula mengelabah. Otak kami mula berfikir apakah langkah alternatif yang patut kami ambil sebagai langkah yang ideal! Kebetulan muncul lagi, kelas kami ada waktu PJK sebelum kelas ustazah tersebut.
Tanpa berfikir panjang,satu modus operandi yang disangka efektif dicapai hasil kata sepakat membawa berkat aku dan Uzir.Tiba-tiba seorang pelajar berkata-kata,"Oi geng-geng!!Kelas PJ hari ni batal..Cikgu lupa nak bawak baju PJ.."Ceyt!!Hatiku mula berkata-kata..Hampeh nyer berita! "Zang!!gane eh?apa yang harus kita laksanakan?kelas PJ batal,masa yang ada cukup panjang tuk siapkan nota.."Uzir berkata tanpa segan."Aisehmen..apa pasal la cikgu buleh terlupa pula nak pakai baju PJ,masalah betol lah..Dia tak tahu ke yang kita sukakan bersenam dan bersukan yang menyehatkan serta mencedaskan otak!?Takpe..kita turun jep padang join budak-budak kelas sebelah."..sambungku sambil membelekkan surat khabar The Star. Maka masa berlalu pantas.waktu tetap berdetik pada putarannya. Burung-burung berkicauan di padang tanpa memikirkan masalah hal rumahtangga. Bola melantun disana-sini. Suasana meriah seperti suasana pelajar sedang bersukan di padang. Maka, tamat lah masa PJ. Aku menyapa Uzir.."Zir!mase PJ abis sudey.. nak masok kelas ke?".."Tok tahu aku..aku rasa takyah r..kalu ustazah tanya bakpe tak masuk kelas, kita cakap ar tak perasan masa PJ dah abes.."..Uzir mengesat peluh yang hampir mengalir memasuki mulutnya.
"Baiklah!Kalau begitu, ayuh kita bermain lagi bersama rakan-rakan!!"..jeritku dengan penuh semangat!! Lantas dengan hati yang girang kami sambung lagi bermain. Masa berputar lagi tanpa menghiraukan orang ramai. Hari semakin cerah. Burung-burung berkicauan lagi dan berlagak seperti diaorang tu seekor burung. Sejurus selepas melontar pundi kacang ke langit, seorang pelajar perempuan menyapa," Azam, Uzir!! bukan ke sekarang kelas PAI ek?masuk kelas la.."Aku dan Uzir berpandangan.. Dalam diam dan penuh innocent, kami sambung bermain pundi kacang. "Hish!!tak paham betol aku budak-budak nih.."..kemungkinan itulah ayat yang bermain di fikiran budak tersebut sejurus beredar dari situ. Masa PAI dah abis. Masa rehat pula menjelma dan berlalu pergi. Gelak ketawa aku dan Uzir terhenti selepas mengetahui bahawa ustazah nak jumpa kita orang. Kami dengan degupan jantung berlari pantas dan peluh menitis di kolar baju melangkah ke dalam kelas dan mendapati ustazah di meja guru. Berikut antara dialog kami bertiga..
Ustazah: Kamu pergi mana? tak tahu ke masa saya pukul berapa!?kenapa tak masuk kelas?nak ponteng kelas ke!?
Kami: Kami tak perasan sekarang pukul berapa. Kami takde jam cikgu.(sambil tanganku cepat-cepat memasukkan jam tangan dalam poket seluar.)
Ustazah: Kamu nih!baru masuk sekolah dah buat perangai. Tu belum jadi senior lagi. Saya tak kira, saya nak kamu berdua jumpa Guru Disiplin sekarang!!
Kami: Baik ustazah..
Kebetulan kami ketemu guru disiplin selepas turun dari tangga sambil mencungkil lada yang melekat dicelah giginya. Agaknya dia baru pekena mee kari kot kat kantin tadi.Berikut merupakan dialog kami dan guru disiplin.
Kami: Cikgu!kami didapati bersalah sebab terleka bermain dipadang dan terlupa untuk masuk kelas PAI.
C.D: Oh ye ke?macam mana boleh jadi macam tu? kamu ni.. Takpa lah.. lain kali pakai jam tangan ya.
Kami: Kami takde jam tangan cikgu..
C.D: Oh kesiannya. Tak pun kamu buat jadual kecil dan letak dalam poket supaya kamu sentiasa alert dengan perkembangan semasa, maksud cikgu jadual kelas kamu.
Kami: Baik cikgu, kami mintak maaf cikgu.
C.G: Takpe..kali ni cikgu bagi can. Lain kali jangan harap..
Maka itulah dialog antara kami dan cikgu tersebut. Bukan aku sengaja plan camtu cuma nak mencari jalan penyelesaisan jep.Dalam sebulan dua aku di sana,kami dapat tawaran masuk emaresem. Maka,akibat desakan dan pujukan rayu seluruh ahli keluargaku,terpaksa aku melepaskan TESMAL(nama singkatan sekolah tu).Kesedihan menyelubungi diriku. Berat sungguh nak tingalkan kengkawan aku kat sana.Tapi,semua hanya tinggal kenangan.aku tidak lagi di TESMAL. By the way, kami mintak maaf kat semua cikgu and budak-budak SMK Elit Mak Lagam kalau ada buat silap.Im Sorry!!haha...
entry panjang gler... x larat nak bace..esop lusa..allaalalaa
BalasPadamhaha.gelak beso aku baca entry kau :DD
BalasPadamustazah rock!!lol :p
shamie:bace lar..
BalasPadamsupersara: ni zman aku skola lama dulu..huhu