Ahad, 22 Mei 2011

-sometimes kita kena jiwang-

Haloha!!!haha..sorilah sebab lame tak post. Aku bukan pe..sibok pasal nak masok u la.
Mentang-mentang musim u,sumer sibok sal u..Ye dak!?haha..By the way..kali ni aku nak cintan-cintun skit..Harap korang tak marah la yep..


Jadi..aku nak bercherita tentang CINTA atau LOVE memandangkan mood aku sekarang sibok pasal sorang budak perempuan ni.Entah la.. Aku pun tak paham kenape aku asyik pikir pasal dia.Kalau ikutkan memang la dah lama aku suka sama itu cewek. Tapi dia tak pernah terpikir pun nak jadi awek aku. Ntah la.. mungkin, aku terlalu tak matang kot masa aku try mengadjust dye dulu, atau aku memang ditakdirkan tak pandai mengAYAT. haha..Sudah lama aku perhatikan dia..kalau nak ditolak campurkan, dah masuk 3tahun 6bulan aku mencuba..Masih tak dapat-dapat. Dah macam-macam alasan dia kasi. Ade skali tu aku tersilap cakap..Ade ke patut aku nak ajak dia kapel tapi boleh pulak dalam nada main-main,agak begini la dialog aku mase tuh:


aku:erm awak,agak2 nyer..bile kita boleh kapel?
dia:erkk..


mungkin dia pikir aku main-main kot. sampai sekarang aku membujang!haha..
bila pikir balik nyesal gak gua wat camtu. Nak anak orang mintak la betol2 ye dak?


May I Love You Azam?

Tapi..aku terpikir gak..mungkinkah aku masih boleh bersama-sama dia?
haha..ape-ape pon hanya Allah yang maha mengetahui akan perasaan aku terhadap dia.
Kalau awak(dak yang telah dan sedang aku mengusha)  baca blog ni..Dengarkan lagu ini untuk awak..Pikir-pikir kan maksudnya..And kepada korang yang membaca jugak boley dengar.. Hik3.. Adios and Enjoy!!

Khamis, 10 Mac 2011

Macam-macam Hal!!

Macam-macam hal lah budak-budak zaman sekarang ni kan?Berpeleseran tak tentu hala.Masing-masing takde hala tuju langsung.Nasib baik zaman aku kecik-kecik dulu takda benda-benda yang mengarut nih.Budak sekolah rendah dah pandai nak memonteng kelas.Tak bertoleransi langsung beliau semua tuh.Kalau zaman aku dulu,budak sekolah rendah tak tahu apa maksud ponteng walaupun cikgu selalu suruh kiteorang buat ayat pasal ponteng dalam buku latihan BI,Ceyt!ade ke BI guna perkataan ponteng..takpe lah, mana-mana pon boleh. Ye dak!?

Nak menjadikan entry kali ni panjang,aku nak citer sikit zaman-zaman aku mula-mula bergiat aktif ngan sekolah menengah.Sekolah menengah mula-mula skali aku menjejakkan kaki adalah SM Elit Mak Lagam. Ceyh..nama sekolah kat depan-depan tu cambest an?Tapi yang kat blakang tuh bunyi cam pelik skit,tapi okeh la kan daripada Mak Janda ke,Mak Dara ke atau Mak Kau. Skola ni tak jaoh pon dari rumah aku, nak campurkan kilometer dia dari pagar rumah aku memang tak terkira la aku,takde keje nak ngira suma tuh!Dipendekkan cherita, aku ditempatkan di asrama Yayasan sebab katil kat asrama mak lagam tak sempat nak order ekoran masalah ekonomi yang mengugat seluruh pasaran saham di Wall Street.Peke jadah semua ini?Ceyt!!Aku duk sana sebab bangunan tak siap lagi jep..

Masok lah aku kelas 1 Ehsan dengan rakan sekerja yang lain ekoran dalam kelas aku ramai budak asrama mak lagam,aku tak berapa kenal sangat la mula-mula tuh. Yang aku kenal sangat-sangat adalah Uzir a/l Rusof. Adalah dinyatakan sebab aku kenal dia kerana dia satu Dorm ngan aku. Kacip benge kawe ngan demo!!Mana-mana aku pergi mesti dia ikot.Mana-mana dia pergi mesti aku ikot.But we not GAY. kelas aku ade la sorang ustazah yang ajar kami. Dye punya garang tak garang membuatkan aku dan Uzir sentiasa mengambil inisiatif daripada mendapat perhatian dia. Kebetulan la suatu hari tu aku boleh pulak terlupa nak siapkan nota dia. Dan kebetulan lagi Uzir pon mempunyai nasib yang sama ngan aku. Kebetulan juga hari ini tercatat masa PAI kat jadual aku tuh. Kami mula mengelabah. Otak kami mula berfikir apakah langkah alternatif yang patut kami ambil sebagai langkah yang ideal! Kebetulan muncul lagi, kelas kami ada waktu PJK sebelum kelas ustazah tersebut.

Tanpa berfikir panjang,satu modus operandi yang disangka efektif dicapai hasil kata sepakat membawa berkat aku dan Uzir.Tiba-tiba seorang pelajar berkata-kata,"Oi geng-geng!!Kelas PJ hari ni batal..Cikgu lupa nak bawak baju PJ.."Ceyt!!Hatiku mula berkata-kata..Hampeh nyer berita! "Zang!!gane eh?apa yang harus kita laksanakan?kelas PJ batal,masa yang ada cukup panjang tuk siapkan nota.."Uzir berkata tanpa segan."Aisehmen..apa pasal la cikgu buleh terlupa pula nak pakai baju PJ,masalah betol lah..Dia tak tahu ke yang kita sukakan bersenam dan bersukan yang menyehatkan serta mencedaskan otak!?Takpe..kita turun jep padang join budak-budak kelas sebelah."..sambungku sambil membelekkan surat khabar The Star. Maka masa berlalu pantas.waktu tetap berdetik pada putarannya. Burung-burung berkicauan di padang tanpa memikirkan masalah hal rumahtangga. Bola melantun disana-sini. Suasana meriah seperti suasana pelajar sedang bersukan di padang. Maka, tamat lah masa PJ. Aku menyapa Uzir.."Zir!mase PJ abis sudey.. nak masok kelas ke?".."Tok tahu aku..aku rasa takyah r..kalu ustazah tanya bakpe tak masuk kelas, kita cakap ar tak perasan masa PJ dah abes.."..Uzir mengesat peluh yang hampir mengalir memasuki mulutnya.

"Baiklah!Kalau begitu, ayuh kita  bermain lagi bersama rakan-rakan!!"..jeritku dengan penuh semangat!! Lantas dengan hati yang girang kami sambung lagi bermain. Masa berputar lagi tanpa menghiraukan orang ramai. Hari semakin cerah. Burung-burung berkicauan lagi dan berlagak seperti diaorang tu seekor burung. Sejurus selepas melontar pundi kacang ke langit, seorang pelajar perempuan menyapa," Azam, Uzir!! bukan ke sekarang kelas PAI ek?masuk kelas la.."Aku dan Uzir berpandangan.. Dalam diam dan penuh innocent, kami sambung bermain pundi kacang. "Hish!!tak paham betol aku budak-budak nih.."..kemungkinan itulah ayat yang bermain di fikiran budak tersebut sejurus beredar dari situ. Masa PAI dah abis. Masa rehat pula menjelma dan berlalu pergi. Gelak ketawa aku dan Uzir terhenti selepas mengetahui bahawa ustazah nak jumpa kita orang. Kami dengan degupan jantung berlari pantas dan peluh menitis di kolar baju melangkah ke dalam kelas dan mendapati ustazah di meja guru. Berikut antara dialog kami bertiga..

Ustazah: Kamu pergi mana? tak tahu ke masa saya pukul berapa!?kenapa tak masuk kelas?nak ponteng kelas ke!?

Kami: Kami tak perasan sekarang pukul berapa. Kami takde jam cikgu.(sambil tanganku cepat-cepat memasukkan jam tangan dalam poket seluar.)

Ustazah: Kamu nih!baru masuk sekolah dah buat perangai. Tu belum jadi senior lagi. Saya tak kira, saya nak kamu berdua jumpa Guru Disiplin sekarang!!

Kami: Baik ustazah..

Kebetulan kami ketemu guru disiplin selepas turun dari tangga sambil mencungkil lada yang melekat dicelah giginya. Agaknya dia baru pekena mee kari kot kat kantin tadi.Berikut merupakan dialog kami dan guru disiplin.

Kami: Cikgu!kami didapati bersalah sebab terleka bermain dipadang dan terlupa untuk masuk kelas PAI.

C.D: Oh ye ke?macam mana boleh jadi macam tu? kamu ni.. Takpa lah.. lain kali pakai jam tangan ya.

Kami: Kami takde jam tangan cikgu..

C.D: Oh kesiannya. Tak pun kamu buat jadual kecil dan letak dalam poket supaya kamu sentiasa alert dengan perkembangan semasa, maksud cikgu jadual kelas kamu.

Kami: Baik cikgu, kami mintak maaf cikgu.

C.G: Takpe..kali ni cikgu bagi can. Lain kali jangan harap..

Maka itulah dialog antara kami dan cikgu tersebut. Bukan aku sengaja plan camtu cuma nak mencari jalan penyelesaisan jep.Dalam sebulan dua aku di sana,kami dapat tawaran masuk emaresem. Maka,akibat desakan dan pujukan rayu seluruh ahli keluargaku,terpaksa aku melepaskan TESMAL(nama singkatan sekolah tu).Kesedihan menyelubungi diriku. Berat sungguh nak tingalkan kengkawan aku kat sana.Tapi,semua hanya tinggal kenangan.aku tidak lagi di TESMAL. By the way, kami  mintak maaf kat semua cikgu and budak-budak SMK Elit Mak Lagam kalau ada buat silap.Im Sorry!!haha...







Isnin, 28 Februari 2011

Peristiwa Hari Pekerja

Ketika aku sedang lena memandang pemandangan yang indah lagi menarik, khayalanku terhenti dek gelagat beberapa mat motor cilik yang sedang menunggang motor dengan bahayanya.
'Ceyt!kecik-kecik dah main motor..mak bapak dia tak marah ke!?'
Acece..aku pun ape kurangnya dak..Kata dulang paku serpih.Aku masih teringat disaat zaman muda-mudi ku dulu.Macek punya tak macek aku masa kecik dulu,nak dijadikan cerita adala seorang rakan ku memberikan idea yang bernas tentang aktiviti yang berfaedah yang ingin dilakukan masa cuti nanti.
'Weyp!Jom naik K.T time cuti pekerje kat gi..Sep-sep ni nak sambut hari jadi Fizie ngan Amy.Jom arrrr..' Khairil Afiq berkata-kata..'Err..oke gop,aku pun dok penoh nek K.T nih..Bowok r LC mg Kuce!!'..ak mencabar Faizatul Hakimi a.k.a Kimi Kuche. Ntah mana dia dapat nama camtu..

Dipendekkan cherita,bermulalah perjalanan kami menuju Kuala Terengganu.Oleh kerana Amer Reza terlalu lambat untuk sampai ke Dungun tepat pada masa yang dijanjikan,beliau terpaksa ditinggalkan ekoran sebab-sebab yang tertentu.Maka berputarlah tayar tiga buah motorsikal yang ditunggang empat orang pelajar tingkatan dua emaresem besut. Memandangkan Kimi dan Fadzil menunggang motor yang agak baru dan kuasa kudanya lebih tinggi daripada motor aku dan Apik-kay,maka kami ditinggalkan di belakang. Sesampai sahaja di lokasi yang telah dibulat suarakan oleh kami sekalian,maka Fizie Nasir mengutarakan cadangannya untuk ke rumah Luqman Long, dimana insiden pertama bermula.

Rumah L.L,
Setelah beratus salam diberi,barulah Mr.Long munculkan diri didepan pintu rumahnya.Berbekalkan sehelai tahi mata di kelopak matanya,beliau bersuara..'Eh3..sep mung rupanya..nak masuk tak rumah aku?'..
Boleh pula beliau memuntahkan persoalan yang membingitkan telinga,sudah pasti lah kami ingin masuk!!
'Mang!beso gop rumoh mung eh..tu atas tu benda ape tuh?tempat menyembah ke?'..Kuce bersuara sambil menunding jari ke balkoni rumah L.L diselangi dengan kebahakan ketawa rakan-rakan seperjuangan.Dengan nada yang perlahan L.L berbunyi,'Bengong Kuce..masok r dulu,aku nok mandi jap'.. L.L menyediakan kami setalam roti canai bersama air milo panas nak mati.

Ketika kami bersalam dengan ayah L.L,seseorang bersuara,'sep2 mung ni,tak dop lesen naik moto. Kang eksiden baru tahu..ishk!'..kami hanya mampu tersenyum..

Nak dijadikan plot,kami pon berangkat untuk ke bandar ekoran Luqman tidak dibenarkan menaiki moto bersama kami dan beliau kata dia akan menyusul selepas ini.Fadzil dan Kuce yang menunggang moto yang sama berlalu pergi diikuti oleh apik k, aku dan Fizie yang menunggang moto sama ngan pok ce(bukan nama sebenar). Ekoran moto aku ngan apik-k lambat,maka kami tertinggal di belakang. Tiba-tiba, DRUMMMM!! 
..bunyi deruman motor fizie nasir memintas motor aku dan apik kay. Kami hanya melihat gelagatnya yang terumbang ambing membawa motor. Beliau cuba untuk mengejar Fadzil yang ketika itu sedang memperlahankan jentera Kimi yang ditunggangnya, kerana didepan kami terdapat sebuah bulatan atau bahasa omputih, round  a board..Dalam sekerdip mata, sepantas kilat, in a wink, BANGG!!! 
bunyi dentuman yang amat kuat!!!aku dan apik kay terpingga-pingga mencari dentuman tersebut.

Rupa-rupanya,satu eksiden yang dasyat telah terjadi!!Motor Naza kebanggan Fizie telah merempuh motor 135 Liquid Cooler kepunyaan Kuce. Maka terbongkanglah keempat-empat makhluk tersebut di atas jalan. Aku yang tidak semena-mena berhenti dan membantu mangsa kecederaan. 'Zam!!motor aku zam!!angkat cepat!!'..pekikan Kuce mengerakkan aku menggangkat LC merahnya yang rabak dibaham jalan tar. Pajil dan Kuce tersadai di pinggir jalan berbekalkan tangan yang berlumuran erythrocyte (maksud aku,darah..).
Fizie and Pok Ce(bukan nama sebenar) telah hilang dari pandangan mata. Kata orang beliau telah bangun sendiri dan melarikan diri. Entah apa-apa orang yang berkata itu!Tapi takpe. Aku dan apik k mengatur langkah menjejaki kedua-dua penunggang yang lari itu. Dipinggir sidewalk,kami menjumpai mereka yang sedang mengaduh kesakitan. Lantas keempat2 mereka dihantar ke hospital dan klinik berdekatan. Namun, peristiwa ini tidak diketahui Luqman Long.Masin juga mulut si pulan yang berkata-kata tadi.

Kesimpulanya..
Jangan bawak moto tak tentu hala!!Ingat tu ya adik-adik..

Waktu yang sama di rumah L.L,
'Kurang ajo sep-sep ni. Sambut beday tak ajak aku!!sialan...'..Luqman Long kebingugan..








Khamis, 24 Februari 2011

Aku Tidak Ada Idea

Camne ar..Aku pon tak tau nak cakap ape..
First time aku tengok dia memang cun,tapi bila tengok lama-lama cam tak cun pulak.
Entah la..Aku pon tak paham. Kejap-kejap nak makan nasi.Tapi tadi naik moto pulak.
Mungkin luka kawan aku tadi sakit sangat kot sampai dia terbaring atas sofa tu.

Tapi macam tak caya pulak dia boleh rebah atas jalan tuh..Sapa suruh bawak moto laju-laju..
Hishk2..Dia ada tanya nama aku hari tuh.Tapi aku tak jawab sebab aku ingat dia nak main-mainkan aku..
Tapi oke jugak budak tu.Nak buat jadi bini pon oke jugak.Mak sedara aku tak habis-habis dengan baju kurung dia. Dah macam mayat hidup pulak aku tengok kawan aku ni.Terbongkang je keje dia.
Disuruh makan nasi tak nak pulak dia. 

Tadi kata nak kenal.Tiba-tiba gaduh pulak. Nasib baik aku tak naik moto sama-sama ngan dia.Dah pergi agaknya mak sedara aku tuh.Dia cakap nama dia Murad. Kalu tidak dengan aku sekali terbongkang atas jalan tuh.Mak sedara aku ada sorang anak.Muka macam perempuan,rupa-rupanya lelaki.

Kesian lak aku tengok dia kena tanggung ganti rugi sorang-sorang.Nasib baik aku tak bagi nama.
Dah pergi dah agaknya.Hahaa...

Aku takde idea..Salam Satu Malaysia!!



Jumaat, 11 Februari 2011

La la la...

Hahaha....


Ape nak tulis ar hari nih?Hah!!Aku baru dapat khije..
Well,aku kan bercerita sal pengalaman aku masa mula-mula masuk kerja..
Pada hari sebelum masuk kerja,macam biasaq..duk melepak r bersama teman-teman..
tiba-tiba..


'Kring3!!'..telefon nokiaku berdering..(tapi bukan bunyi camtu la..)
'halow..sapa nih?'..aku berkata dengan bersahaja..
'halo,halo,halo...En. Azam ka disana?'...si pemanggil berbahasa..
'yerk!ada ape cik..bulih saya bantu?'..jawabku berlemah-lembut.
'wey Azang!Pik-kay eyh!mung nop khije dop?kedai aku ade nop pakai orang eyh..'


Rupa-rupanya En.Khairil Afiq yang berada ditalian..lagak menjawab cam promoter CELCOM aje.. Tak boleh bla!hahaha..


'nop r gilow!gaji brapa!?'..sahutku secara slow volume..
'natang nih dop khije agi tanye doh pasal gaji..dop pakai nguh..!mung cakap sendiri r ngan tokey'..tiba-tiba fon bertukar tangan..


'halow..ni abg pu,awak ni saya bayar *0 ringgit sehari..esok awak mari tepat pukul 9pagi..
boleh?'..tanya tokey kedai makan tuh..


'boleh-boleh..esok saya mai..bereh deh..'..lalu butang hijau bergambar telefon ditekan menandakan talian diputuskan..


'Ow yaeh!!'..terloncat aku bersendirian..dah lama sangat aku berbujang senang kat rumah sekarang baru dapat kerja..hahaha..berapa lama dah aku tunggu tetapi akhirnya...


Maka bermulalah hari esoknya...


'Hah!Awak la yang saya kol semalam tu kan?Okeh2..awak tolong bungkus sup kat situ boleh?'
..sapa abg pu sambil menunding jari ke arah bekas besi besar yang berisi sup panas..


'Bapak dye!!baru masok kerja dah kene bungkus sup!?'..hatiku berkata-kata..
'boleh2..'..sambungku tanpa bersegan-silu..


Lalu tanganku menyambar senduk dan cuba hendak menyelup sup panas..
Selepas tudung periuk dibuka,berkepol-kepol asap panas hinggap di pipi gebuku..


'Gile arh..panas hot sup nih!!kalau tercurah atas tangan mahunya melecur tahap ke-3 tangan aku nih..!'


Aku amik plastik and cuba penuhkan plastik sebesar tapak tangan tu dengan sup panas..
Tengah2 letak...piss!!sup tu terkena tangan aku..


'YAWW!!Panas gilo!!'..jeritan batinku kedengaran..


Dah agak2 penuh ak cuba nak ikat lak ngan gelang getah..Dah la tangan sakit kena sup panas..ikat  lak tak pandai..berkali-kali aku leraikan ikatan takut tak kemas ikatan sup..
Akhirnya jadi gak ikatan sup ayam aku tuh..


Tak semena-mena datang sorang mamat nih lalu berkata..




'Bang..nak order nasi ayam 40 bungkus..cepat skit eyh..'




.....'bapak dye!!!'....




p/s:nasib aku la..awal2 kerja dah kena yang berat-berat..



Selasa, 8 Februari 2011

..naik moto memang susah..

Hai,hai dan hai...

Berjumpa lagi kita dalam page yang sama dan blogger yang sama iaitu...
AZAM a.k.a JINGGO,nama tak lain tak bukan.Sape lagi ek lau bukan akuh..?

Yeah! berbalik kepada tajuk kita hari nih..Pandai ke naik moto?
Aik?salah eh?argh...takpe la tuh..sedap jugak nama tajuk nih..Jadi kepada sesiapa yang baru nak belajar naik moto,anda patut usha entry ni..tak salah lagi..
haha..heh!

Nak dijadikan cherita,tanggal bulan februari, aku dan kengkawan pegi la WIMOZAD,
tempat bertapaknya kasih sayang,maksud aku tempat bertapaknya pemandu dan pembonceng kenderaan ringan mahupun berat yang bertauliah dilahirkan...
So,aku pegi lah ke sana...

Pegi punya pegi..sampai lah..

Then aku bawak moto.main punya main..leper punya leper..
Bellow punye bellow..(bellow adalah perbuatan memulas throttle motor sehingga berbunyi bising) aku pon siap la naik moto..



Sekian...




Terima Kasih..








p/s:aku takde modal sebenarnye nak tulis entry kali ni..sori ek teman2!!

akhirnya...

Hahahaha!!!2nd entry..ak bru jep mnyiapkan layout ak..
well,bole la tahan design ak nih...ak bkan reti sangat main natang gonih..
Tapi boleh la sikit2..

By the way,tadi gua ade makan kat kedai..sikit punye banyak nasi goreng cine dia!!
Tak sempat puas perut aku mengproduce kan enzim pepsin, nasi da abis masok kat usus...Tapi rase meal tu bole la tahan,..Tengah sedap2 sembang ngan member,
mak gua boleh call,

"Acik,mane mee rebusnye?beli mee ke buat mee?"

"Yela..orang nop balik la ni..sabar ye.."

Belom sempat Kery lahap air teh panasnya yang da tingal suku2,terus ak ajak balik..
Lagipon aku ni bukan boleh duk kat luar malam2 bute ni lama-lama..
Anak mithali la katakan!!haha..(bajet er..)

Anyway..aku tak banyak nak tulis malam nih..cuma nak cakap..

Selamat Malam!!!