'Ceyt!kecik-kecik dah main motor..mak bapak dia tak marah ke!?'
Acece..aku pun ape kurangnya dak..Kata dulang paku serpih.Aku masih teringat disaat zaman muda-mudi ku dulu.Macek punya tak macek aku masa kecik dulu,nak dijadikan cerita adala seorang rakan ku memberikan idea yang bernas tentang aktiviti yang berfaedah yang ingin dilakukan masa cuti nanti.
'Weyp!Jom naik K.T time cuti pekerje kat gi..Sep-sep ni nak sambut hari jadi Fizie ngan Amy.Jom arrrr..' Khairil Afiq berkata-kata..'Err..oke gop,aku pun dok penoh nek K.T nih..Bowok r LC mg Kuce!!'..ak mencabar Faizatul Hakimi a.k.a Kimi Kuche. Ntah mana dia dapat nama camtu..
Dipendekkan cherita,bermulalah perjalanan kami menuju Kuala Terengganu.Oleh kerana Amer Reza terlalu lambat untuk sampai ke Dungun tepat pada masa yang dijanjikan,beliau terpaksa ditinggalkan ekoran sebab-sebab yang tertentu.Maka berputarlah tayar tiga buah motorsikal yang ditunggang empat orang pelajar tingkatan dua emaresem besut. Memandangkan Kimi dan Fadzil menunggang motor yang agak baru dan kuasa kudanya lebih tinggi daripada motor aku dan Apik-kay,maka kami ditinggalkan di belakang. Sesampai sahaja di lokasi yang telah dibulat suarakan oleh kami sekalian,maka Fizie Nasir mengutarakan cadangannya untuk ke rumah Luqman Long, dimana insiden pertama bermula.
Rumah L.L,
Setelah beratus salam diberi,barulah Mr.Long munculkan diri didepan pintu rumahnya.Berbekalkan sehelai tahi mata di kelopak matanya,beliau bersuara..'Eh3..sep mung rupanya..nak masuk tak rumah aku?'..
Boleh pula beliau memuntahkan persoalan yang membingitkan telinga,sudah pasti lah kami ingin masuk!!
'Mang!beso gop rumoh mung eh..tu atas tu benda ape tuh?tempat menyembah ke?'..Kuce bersuara sambil menunding jari ke balkoni rumah L.L diselangi dengan kebahakan ketawa rakan-rakan seperjuangan.Dengan nada yang perlahan L.L berbunyi,'Bengong Kuce..masok r dulu,aku nok mandi jap'.. L.L menyediakan kami setalam roti canai bersama air milo panas nak mati.
Ketika kami bersalam dengan ayah L.L,seseorang bersuara,'sep2 mung ni,tak dop lesen naik moto. Kang eksiden baru tahu..ishk!'..kami hanya mampu tersenyum..
Nak dijadikan plot,kami pon berangkat untuk ke bandar ekoran Luqman tidak dibenarkan menaiki moto bersama kami dan beliau kata dia akan menyusul selepas ini.Fadzil dan Kuce yang menunggang moto yang sama berlalu pergi diikuti oleh apik k, aku dan Fizie yang menunggang moto sama ngan pok ce(bukan nama sebenar). Ekoran moto aku ngan apik-k lambat,maka kami tertinggal di belakang. Tiba-tiba, DRUMMMM!!
..bunyi deruman motor fizie nasir memintas motor aku dan apik kay. Kami hanya melihat gelagatnya yang terumbang ambing membawa motor. Beliau cuba untuk mengejar Fadzil yang ketika itu sedang memperlahankan jentera Kimi yang ditunggangnya, kerana didepan kami terdapat sebuah bulatan atau bahasa omputih, round a board..Dalam sekerdip mata, sepantas kilat, in a wink, BANGG!!!
bunyi dentuman yang amat kuat!!!aku dan apik kay terpingga-pingga mencari dentuman tersebut.
Rupa-rupanya,satu eksiden yang dasyat telah terjadi!!Motor Naza kebanggan Fizie telah merempuh motor 135 Liquid Cooler kepunyaan Kuce. Maka terbongkanglah keempat-empat makhluk tersebut di atas jalan. Aku yang tidak semena-mena berhenti dan membantu mangsa kecederaan. 'Zam!!motor aku zam!!angkat cepat!!'..pekikan Kuce mengerakkan aku menggangkat LC merahnya yang rabak dibaham jalan tar. Pajil dan Kuce tersadai di pinggir jalan berbekalkan tangan yang berlumuran erythrocyte (maksud aku,darah..).
Fizie and Pok Ce(bukan nama sebenar) telah hilang dari pandangan mata. Kata orang beliau telah bangun sendiri dan melarikan diri. Entah apa-apa orang yang berkata itu!Tapi takpe. Aku dan apik k mengatur langkah menjejaki kedua-dua penunggang yang lari itu. Dipinggir sidewalk,kami menjumpai mereka yang sedang mengaduh kesakitan. Lantas keempat2 mereka dihantar ke hospital dan klinik berdekatan. Namun, peristiwa ini tidak diketahui Luqman Long.Masin juga mulut si pulan yang berkata-kata tadi.
Kesimpulanya..
Jangan bawak moto tak tentu hala!!Ingat tu ya adik-adik..
Waktu yang sama di rumah L.L,
'Kurang ajo sep-sep ni. Sambut beday tak ajak aku!!sialan...'..Luqman Long kebingugan..
hehe .. nice entry bro !
BalasPadambtw , follow me too ....
cheiitt !!!
BalasPadamak ni leh ramal masa depan dowh.kahkah !
ceyh!!ramal konon..sbb hang la sume nih jadik!haha..
BalasPadamakulahaku:trimas dude..okeh3..
BalasPadam